Created By: Chua, Abu, Elsa, Ellya

Makluman

Tujuan blog ini adalah untuk P&P sahaja. Sebarang kesilapan harap dimaafkan.

Monday, May 11, 2009

Kertas Kerja Kursus Kejurulatihan Hoki 2009

Tujuan Kertas Kerja
  • Mendapat kelulusan aktiviti menganjurkan kursus Kejurulatihan Hoki dan peruntukan kewangan daripada pihak penaja
Nama Aktiviti
  • Kursus Kejurulatihan Hoki 2009
Pengenalan
  • Kursus kejurulatihan hoki merupakan salah satu aktiviti berbentuk ilmiah
  • Permainan hoki merupakan salah satu jenis sukan yang memerlukan kepantasan dan kekuatan

Objektif

  • Memperkenalkan Program Kejurulatihan Hoki
  • Bergiat aktif dalam sukan hoki
  • Meningkatkan pengetahuan tentang permainan hoki
  • Meningkatkan kemahiran dalam permainan hoki
  • Mencungkil bakat
Tarikh, Masa dan Tempat
  • Tarikh: 23 Mei 2009 hingga 24 Mei 2009
  • Tempat: Dewan Muhibah dan Padang Bola Sepak
  • Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Jemputan
  • En. Ranjit
  • En. Sarjit
Organisasi Pentadbiran
  • Penasihat: Puan Mary
  • PEngerusi: Abu
  • Naib Pengerusi: Ellya
  • Setiausaha: Elsa
  • Bendahari: Chua
  • AJK Cenderahati: Jumaini
  • AJK Urusetia: Irwan
  • AJK Teknikal: Lawenrence
  • AJK Peralatan: Suhairdi
  • AJK Publisiti dan Informasi: Lai
  • AJK Keselamatan: Sundera
  • AJK Makanan dan Minuman: Chang
Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Terperinci



Keperluan Kemudahan dan Peralatan





Implikasi Kewangan

  • Kos yang diperlukan untuk semua perbelanjaan adalah RM2900.00 iaitu jumlah yang dipohon daripada pihak penaja.

Monday, May 4, 2009

Mesyuarat Kedua Ahli Jawatankuasa

Perbincangan Tentang Penganjuran Kursus Kejurulatihan Hoki

Kertas kerja merangkumi
  1. Tujuan Kerta Kerja
  2. Anjuran
  3. Nama Aktiviti
  4. Objektif
  5. Tarikh, Masa dan Tempat
  6. Jemputan Penyertaan
  7. Organisasi
  8. Keperluan Kemudahan dan Peralatan
  9. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Terperinci
  10. Implikasi Kewangan

Monday, April 6, 2009

Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa

Perlantikan Ahli Jawatankuasa
Pengerusi: Abu
Naib Pengerusi: Ellya
Setiausaha: Elsa
Bendahari: Chua

Perancangan Aktiviti

  • Pengerusi telah mencadangkan aktiviti lukisan mural di dewan
  • Naib Pengerusi mencadangkan mengadakan lawatan dan kursus hoki

Hal-hal lain

  • Sebulat suara bersetuju untuk memilih aktviti kursus hoki

Friday, April 3, 2009

Kemahiran-kemahiran membuat hantaran dalam kumpulan


1. Hantaran berbentuk segi empat (square passes)
· Hantaran yang dibuat adalah selari dengan garisan gol
· Dilakukan di sebelah kiri atau kanan dengan menggunakan reverse stick
· Juga boleh dilakukan dengan satu tolakan, pukulan atau kuit
· Biasanya dilakukan apabila serangan mula berlaku.

Dua jenis hantaran square digambarkan di bawah:
(i) Menghantar daripada sayap kanan (RW) kepda apit kanan (RI)
(ii) Menghantar daripada apit kanan (RI) kepada apit kiri (LI)




Rajah 1 : Hantaran berbentuk segi empat



Perhatikan:
(a) Hantaran-hantaran adalah selari dengan garisan gol
(b) Jika bola dihantar ke hadapan dan bukan square, penerima akan berlari lebih jauh dan memaksa mereka bekerja lebih kuat untuk mendapatkan bola

A dan B adalah daripada pasukan yang sama. A menggelecek bola beberapa ela dan menghantar bola itu kepada B seperti 1 dalam rajah 2. Perhatikan jarak yang terpaksa dilalui oleh B untuk mendapatkan bola jika bola itu dihantar ke hadapan seperti 2 dalam rajah 2.


Rajah 2 : Latihan melakukan hantaran


Rajah 3 : Latihan melakukan hantaran

A dan B adalah penyerang-penyerang. Y dan Z adalah permain pertahanan. A memperoleh bola dan Y bergerak untuk merebut bola daripada A. A menghantar square kepada B. Pada masa hantaran itu berlaku Y dan Z akan berada dalam posisi square. Pada masa itu B bergerak ke arah bola dan menolaknya di antara kedua-dua pemain pertahanan untuk Aberlari dan mendapatkan semula bola seperti rajah 3.


2. Hantaran depan (Forward Pass)
· Dilakukan apabila bola menghampiri gol lawan
· Boleh dilakukan secara pepenjuru(diagonally), ke hadapan atau tegak lurus (perpedicularly) kepada garisan gol

Hantaran 1 dan 3 dibuat secara pepenjuru depan manakala hantaran 2 dibuat secara tegak lurus ke depan. 4 adalah hantaran udara ke depan oleh haf tengah (CH) kepada sayap kiri (LW) seperti ditunjukkan dalam rajah 4.




Rajah 4 : Hantaran depan

Hantaran depan dibuat bagi mendapatkan kawasan untuk mempercepatkan serangan atau untuk mengalahkan pertahanan pihak lawan dengan hantaran bola menerusi (a through ball). Dalam pertahanan ia digunakan untuk membawa bola jauh dari tempat yang bahaya. Satu hantaran square jika digunakan dalam pertahanan, adalah kurang selamat kerana ia boleh dihalang dan anda tidak dapat menjauhkan bola daripada tempat yang berbahaya.

3. Hantaran belakang (back pass)
· Jarang digunakan
· kadang-kadang digunakan untuk melambatkan permainan, mendapatkan lebih ramai penyerang berada di kawasan permainan atau menarik pemain-pemain pertahanan daripada kawasan yang terkawal yang anda tidak boleh menembusi.

1 dan 2 adalah hantaran belakang daripada apit kanan (RI) kepada haf kanan (RH) dan daripada haf kanan (RH) kepada fowad tengah (CF) seperti dalam rajah 5.
3 adalah hantaran depan oleh haf tengah (CH) kepada sayap kiri (LW) seperti dalam rajah 5.

Rajah 5 : Hantaran belakang

Monday, March 23, 2009

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU: Merebut

1. Kepentingannya
Selalunya, kemahiran merebut tidak diajar dan pemain-pemain Malaysia adalah sangat lemah dalam kemahiran ini. Merebut adalah penting untuk memperoleh bola. Walau bagaimanapun, kadang-kadang penahan tidak berjaya memperoleh bola, tetapi dia boleh memaksa penyerang mengurangkan kelajuannya atau kehilangan kawalan bola dan membuat kesilapan atau memaksa bola terkeluar daripada kawasan bermain. Ini adalah penting kerana ia memberi masa untuk pemain pertahanan menyusun semula barisan pertahanan dan bersedia menghadapi serangan.

2. Perkara-perkara untuk diingati
Perkara-perkara berikut perlu diingati apabila seseorang pemain pertahanan hendak merebut bola daripada pihak lawan:-
  • Melihat bola dan jangan mengalihkan perhatian disebabkan oleh pergerakan kayu hoki atau tubuh badan yang dilakukan dengan tujuan membuat gerakan yang mengelirukan.
  • Kekalkan kepala kayu hoki di tanah supaya mengurangkan jaraknya daripada bola. Ini membolehkan penahan bergerak dengan cepat sebaik sahaja dia mendapat peluang.
  • Letakkan kayu hoki di tempat yang membolehkan pemain pertahanan bergerak dengan selesa untuk merebut bola daripada penyerang atau di dalam keadaan yang akan memaksa penyerang bergerak dengan cara tertentu dan ke arah tertentu. Sebagai contoh, anda mungkin meletakkan kayu hoki dalam keadaan yang akan memaksa penyerang menolak bola ke kiri dan menggunakan reverse stick atau memaksanya bergerak ke tempat tertentu yang boleh menyebabkannya berada dalam keadaan kurang selesa atau tersepit.
  • Membuat gerakan yang mengelirukan dengan badan dan kayu hoki supaya penyerang melakukan kesilapan-kesilapan.
  • Jangan berdiri dengan tapak kaki secara rata. Pemain pertahanan biasanya berdiri seperti ahli tinju dengan sebelah kakinya berada di hadapan, supaya dia boleh bergerak ke depan, ke belakang, ke kiri atau ke kanan dengan mudah. Gerakan kaki adalah penting untuk merebut bola dengan baik.
  • Cuba berada di sebelah penyerang anda. Jika pemain pertahanan terpaksa menggunakan reverse sticknya untuk merebut, ia berada dalam keadaan yang merugikan.
  • Pemain pertahanan tidak seharusnya merebut bola apabila penyerang mengawal bola dengan sepenuhnya. Ia sepatutnya mendesak penyerang dan memaksanya melakukan kesilapan-kesilapan sebelum anda merebut bola tersebut.
  • Pergerakan pemain-pemain pertahanan tidak seharusnya dapat diteka oleh penyerang. Mereka mesti mengatur masa takel dengan baik dan bergerak dengan cepat dan pantas. Takel itu mesti dilakukan dengan baik supaya penyerang tidak boleh menolak pemain pertahanan atau kayunya ke tepi dan meneruskan serangannya.
  • Di atas padang tiruan, semasa merebut di sebelah kanan (merebut dengan tangan kanan) atau di sebelah kiri (merebut dengan reverse stick) kayu hoki boleh digunakan dengan mendatar di atas padang. Untuk membolehkannya berbuat demikian pemain pertahanan mesti membongkokkan badannya lebih rendah ke tanah.
Perkara-perkara di atas adalah penting kepada semua jenis takel.

3. Jenis-jenis takel Jenis-jenis takel yang biasa digunakan adalah:-
  • Takel Jab
Untuk takel ini, kayu hoki dipegang dengan kuat dalam tangan kiri dengan sisi kayu yang rata (flat side) menghadap ke atas. Kayu hoki dipegang secara ringan di depan badan dengan tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki. Tapak tangan kanan menghadap ke atas.

Untuk melakukan takel, pemain pertahanan menerpa ke depan dengan tangan kiri memegang kayu hoki. Kayu hoki mencucuk (jab) bola dan memaksa bola bergerak ke belakang kayu hoki penyerang. Pada masa ini, pemain pertahanan mengambil satu langkah lagi ke depan, tangan kanan kembali ke kayu hoki dan dapat mengawal bola.

Ini bukan satu takel yang kuat tetapi mempunyai kelebihan dari segi elemen kejutan dan pemain pertahanan mempunyai jarak yang lebih baik untuk melakukan takel ini.


  • Takel 'Forehand'
Ia adalah takel yang umum. Biasanya dilakukan oleh pemain pertahanan di sisi kanan (forehand side) badannya, kadang-kadang dekat kakinya dan kadang-kadang sejauh 5-6 kaki di sebelah kanannya. Pemain pertahanan melakukan takel ini (semasa berhenti atau semasa berlari bersama-sama dengan penyerang).

Kayu hoki dipegang dengan pegangan biasa iaitu dengan tangan kiri di hujung kayu hoki dan tangan kanan di bahagian tengah kayu hoki. Posisi bersedia diambil dengan kaki kiri ke depan sedikit, kerana ini akan membolehkan pemain pertahanan menukar posisinya dengan cepat. Biasanya satu gerakan mengelirukan dilakukan dengan badan atau kayu hoki dihalakan ke kiri supaya penyerang terpaksa bergerak ke kanan pemain pertahanan. Pemain pertahanan kemudian mengatur masa takelnya. Kadang-kadang takel ini dibuat bersama-sama dengan takel jab sebagai satu kombinasi. Pemain pertahanan melakukan satu takel jab di sebelah kiri dan diikuti dengan takel forehand semasa penyerang bergerak ke sebelah kanan.

Kebiasaannya, pemain pertahanan akan melakukan takel ini semasa bergerak atau semasa berlari bersama-sama dengan seorang penyerang. Pemain pertahanan harus belajar memandang bola, mengekalkan jarak yang betul, bergerak masuk dengan cepat dan mengatur masa takelnya dengan baik. Ini kerana agak sukar untuk melakukan takel sambil berlari dengan pantas. Oleh itu, ia memerlukan banyak latihan.



  • Takel 'Reverse Stick'
Takel ini agak sukar untuk dilakukan kerana ia dilakukan di sebelah kiri pemain pertahanan dengan kayu di tangan kiri. Ini biasanya merupakan sisi yang lemah bagi pemain. Peraturan permainan juga tidak membenarkan pemain melakukan sentuhan badan atau sentuhan kayu dengan kayu.


Untuk membuat takel yang kemas, pemain pertahanan mesti memastikan bahawa penyerang tidak bergerak mendahuluinya. Takel harus dibuat sebelum penyerang melepasi garisan badan pemain pertahanan.

Kemahiran melakukan takel dengan baik adalah mengatur masa takel dan menyerkap bola menggunakan reverse stick, akan memaksa penyerang berlari melepasi bola. Gunakan kesempatan ini untuk merendahkan kayu hoki dan mendatar ke tanah, seterusnya melakukan takel.


4. Latihan-latihan untuk merebut

Takel Jab

(a) Berdua
Seorang pemain sebagai penyerang, sedang berhenti dengan bola pada kayu hokinya. Pemain yang lain sebagai pemain pertahanan, mengambil kedudukan dan pegangan yang betul dan berdiri lebih kurang 6 kaki di depan penyerang. Pemain pertahanan berlatih menerpa satu langkah ke hadapan dan mencucuk bola tersebut dengan kayu hoki, menaikkan bola melintasi kayu hoki dan ke belakangnya.

(b) Berdua
Seperti di atas tetapi selepas mencucuk bola, mengambil satu langkah lagi ke hadapan dan terus mengutip bola.

(c) Berdua
Seperti di atas tetapi penyerang bermula dengan jarak 5 ela lebih jauh di belakang dan golek-menggelecek bola ke arah pemain pertahanan. Pemain pertahanan akan merebut bola tersebut apabila penyerang telah sampai di jarak merebut.
(Penyerang pada mulanya akan berjalan, kemudian apabila pemain pertahanan mendapat keyakinan dia akan menambah kelajuan).

(d) Berdua
Penyerang berada di satu tempat, menggerakkan bola ke hadapan dari kiri ke kanan menggunakan kemahiran menggelecek Indian. Pemain pertahanan mengatur masa untuk merebut kemudian bergerak ke hadapan untuk mengambil bola.

(e) Berdua
Penyerang menggelecek bola ke arah pemain pertahanan menggunakan berbagai-bagai jenis kelajuan. Pemain pertahanan cuba merebut bola dan memperolehnya.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

Monday, March 2, 2009

Kemahiran-kemahiran Asas Hoki

Terdapat beberapa kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh seseorang pemain hoki iaitu:

1. Kemahiran Asas Memukul
2. Kemahiran Asas Menolak
3. Kemahiran Asas Menahan
4. Kemahiran Asas Mengelecek
5. Kemahiran Asas Flik

1. Kemahiran Asas Memukul
Pemain boleh memukul bola dengan kayu hoki dalam keadaan statik atau dinamik. Kita boleh
menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan semasa memukul bola.

2. Kemahiran Asas Menolak
Kemahiran ini boleh dilakukan dalam 2 cara, iaitu secara tolakan biasa dan tolakan kias

3. Kemahiran Asas Menahan
Menahan atau menyerkap bola hoki dilakukan dengan pelbagai cara bergantung pada
pergerakan bola.

4. Kemahiran Asas Mengelecek
Mengelecek bolah dilakukan dalam 2 cara iaitu kelecek rapat (secara golekan) dan kelecek
longgar.

5. Kemahiran Asas Flik
Flik dilakukan dengan cara memindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri dengan pantas.

Kemahiran


Bagi mengenali hoki, kita perlu tahu bahagian yang tedapat pada kayu hoki. Ada tiga bahagian yang terdapat pada kayu hoki iaitu:
1. Bagi semua kemahiran, tangan kiri memegang BAHAGIAN 1 kayu hoki.
2. Untuk memukul, tangan kiri dan tangan kanan memegang BAHAGIAN 1 kayu hoki.
3. Untuk kemahiran seperti menolak, mengelecek dan menguis bola, tangan kanan memegang
BAHAGIAN 2 kayu hoki.
4. Untuk melakukan pukulan secara pantas, kedua-dua belah tangan memegang BAHAGIAN 2
kayu hoki.
5. Untuk menahan bola, tangan kanan memegang bahagian di antara 2 dan 3 kayu hoki.


Monday, February 23, 2009

PADANG HOKI: Pintu Gol

Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.


Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih.

Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.

Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjangnya.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

crossbar - http://en.wikipedia.org/wiki/Crossbar

PADANG HOKI: Tiang-Tiang Bendera

Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya 4 kaki minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.



Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela di luar garisan-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-garisan 25 ela.

PADANG HOKI: Bulatan Jaringan

Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu gol. Garisan 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol ke luar kawasan garisan 4 ela.

Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai radius. Lukis dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi bulatan jaringan juga dipanggil bulatan memukul atau kawasan D.

Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela untuk sudut penalti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.


Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

PADANG HOKI: Pic Segiempat Bujur

RECTANGULAR PITCH

Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut.


Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25 ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan.

Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang.

Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam garisan belakang.

Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-sudut penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi tiang gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.

Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki
RECTANGULAR PITCH - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki

Monday, February 16, 2009

SEJARAH HOKI: Persatuan-Persatuan Nasional Dan Antarabangsa






Badan antarabangsa pertama adalah The International Hockey Board yang ditubuhkan pada tahun 1900 oleh England, Ireland Jan Wales. Tidak lama kemudian Scotland, Perancis dan negeri-negeri Eropah juga menganggotai pertubuhan ini. Pada tahun 1924, The International Hockey Federation (RH) ditubuhkan dan menggantikan The Hockey Board. Kini FIH dengan ibu pejabatnya di Brussels merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap permainan hoki.

Permainan hoki mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan sekali lagi pada tahun 1924. India adalah negara bukan Eropah yang menyertai pertubuhan FIH pada tahun 1928. Pada tahun yang sama India menyertai Sukan Olimpik di Amsterdam dan mendapat pingat emas. India telah memenangi pingat emas di setiap Sukan Olimpik. Pasukan-pasukan utama hari ini adalah dari negara Jerman, Australia, Belanda dan Pakistan.

Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di Tokyo pada tahun 1958 dan didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara lain di Asia yang juga unggul dalam perlawanan hoki ialah Korea, Jepun, China dan Malaysia. Pasukan wanita dan Korea, China dan Jepun adalah dalam kelas Junta dan setaraf dengan pasukan wanita dan Jerman, Australia dan Belanda.

The Malaysian Hockey Federation ditubuhkan pada 1948. Dua perdana menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden persatuan ini. Hari ini presidennya adalah DYMM Sultan Azlan Shah. Beliau juga presiden Asian Hockey Federation dan timbalan presiden International Hockey Federation.

Malaysia sangat aktif dalam hoki di peringkat tempatan dan antarabangsa. Semua negeri dan Angkatan Tentera bergabung (affiliated) dengan The Malaysian Hockey Federation. Pertandingan-pertandingan hoki juga dikelolakan oleh pertubuhan nasional, pertubuhan-pertubuhan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956. Sejak itu, Malaysia telah melayakkan diri untuk setiap Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1988 di Seoul. Tidak ada sukan lain di Malaysia yang mempunyai rekod seperti ini.



Rajah di bawah menunjukkan perhubungan dan pergabungan antara badan-badan hoki di semua peringkat:-

Nota:-
  • Pergabungan MHF dengan Majlis Olimpik (OCM) membenarkan MHF menyertai pesta-pesta sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA.
  • Pergabungan MHF dengan Asian Hockey Federation (AHF) pula membolehkan Malaysia menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat Asia.
  • Semua sekolah adalah ahli MSSN negeri masing-masing. Keahlian ini membenarkan pasukan sekolah menyertai pertandingan MSSN dan MSSM.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

The International Hockey Federation - http://en.wikipedia.org/wiki/International_Hockey_Federation

The Malaysian Hockey Federation - http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Hockey_Federation

Asian Hockey Federation - http://en.wikipedia.org/wiki/Asian_Hockey_Federation

SEJARAH HOKI: Pengenalan, Asal Usul Hoki, Perkembangan Hoki

Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.


Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

Monday, February 9, 2009

Pengenalan


Hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSS) setiap tahun akan mengelolakan pertandingan hoki untuk murid-murid. Hoki juga popular di sekolah-sekolah menengah, kelab, institut/maktab, universiti dan persatuan-persatuan.

Namun begitu, ia tidak popular seperti bola sepak, badminton atau sepak takraw, khasnya di luar bandar, kerana hoki memerlukan padang bermain yang baik dan alatan bermain yang mahal berbanding dengan bola sepak dan sepak takraw. Guru dan jurulatih yang berpengalaman juga tidak ramai di lihat handal yang cukup bermotivasi untuk mempopularkan permainan ini. Ini adalah merugikan kerana penduduk Malaysia mempunyai bakat untuk bermain hoki. Mereka mempunyai susuk badan yang sesuai. Walau bagaimanapun ramai pengkritik berpendapat bahawa badan besar orang Eropah adalah kelebihan yang nyata, terutamanya dari segi kekuatan. Sebenarnya hoki bukan sesuatu permainan untuk menguji kekuatan mengikut saiz badan. Ini kerana ramai pemain hoki yang terkenal di dunia mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti penduduk Malaysia seperti Richard Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan.

Pasukan Hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya di peringkat antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun 1956. Hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1988 di Seoul. Walau bagaimanapun, pasukan wanita kurang berjaya, walaupun satu ketika dahulu mereka adalah yang terbaik di Asia.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

My Blog List