Created By: Chua, Abu, Elsa, Ellya

Makluman

Tujuan blog ini adalah untuk P&P sahaja. Sebarang kesilapan harap dimaafkan.

Monday, February 16, 2009

SEJARAH HOKI: Persatuan-Persatuan Nasional Dan Antarabangsa






Badan antarabangsa pertama adalah The International Hockey Board yang ditubuhkan pada tahun 1900 oleh England, Ireland Jan Wales. Tidak lama kemudian Scotland, Perancis dan negeri-negeri Eropah juga menganggotai pertubuhan ini. Pada tahun 1924, The International Hockey Federation (RH) ditubuhkan dan menggantikan The Hockey Board. Kini FIH dengan ibu pejabatnya di Brussels merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap permainan hoki.

Permainan hoki mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan sekali lagi pada tahun 1924. India adalah negara bukan Eropah yang menyertai pertubuhan FIH pada tahun 1928. Pada tahun yang sama India menyertai Sukan Olimpik di Amsterdam dan mendapat pingat emas. India telah memenangi pingat emas di setiap Sukan Olimpik. Pasukan-pasukan utama hari ini adalah dari negara Jerman, Australia, Belanda dan Pakistan.

Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di Tokyo pada tahun 1958 dan didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara lain di Asia yang juga unggul dalam perlawanan hoki ialah Korea, Jepun, China dan Malaysia. Pasukan wanita dan Korea, China dan Jepun adalah dalam kelas Junta dan setaraf dengan pasukan wanita dan Jerman, Australia dan Belanda.

The Malaysian Hockey Federation ditubuhkan pada 1948. Dua perdana menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden persatuan ini. Hari ini presidennya adalah DYMM Sultan Azlan Shah. Beliau juga presiden Asian Hockey Federation dan timbalan presiden International Hockey Federation.

Malaysia sangat aktif dalam hoki di peringkat tempatan dan antarabangsa. Semua negeri dan Angkatan Tentera bergabung (affiliated) dengan The Malaysian Hockey Federation. Pertandingan-pertandingan hoki juga dikelolakan oleh pertubuhan nasional, pertubuhan-pertubuhan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956. Sejak itu, Malaysia telah melayakkan diri untuk setiap Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1988 di Seoul. Tidak ada sukan lain di Malaysia yang mempunyai rekod seperti ini.



Rajah di bawah menunjukkan perhubungan dan pergabungan antara badan-badan hoki di semua peringkat:-

Nota:-
  • Pergabungan MHF dengan Majlis Olimpik (OCM) membenarkan MHF menyertai pesta-pesta sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA.
  • Pergabungan MHF dengan Asian Hockey Federation (AHF) pula membolehkan Malaysia menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat Asia.
  • Semua sekolah adalah ahli MSSN negeri masing-masing. Keahlian ini membenarkan pasukan sekolah menyertai pertandingan MSSN dan MSSM.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

The International Hockey Federation - http://en.wikipedia.org/wiki/International_Hockey_Federation

The Malaysian Hockey Federation - http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Hockey_Federation

Asian Hockey Federation - http://en.wikipedia.org/wiki/Asian_Hockey_Federation

No comments:

Post a Comment

My Blog List