Created By: Chua, Abu, Elsa, Ellya

Makluman

Tujuan blog ini adalah untuk P&P sahaja. Sebarang kesilapan harap dimaafkan.

Monday, February 23, 2009

PADANG HOKI: Pintu Gol

Setiap pasukan mempunyai satu pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki daripada tanah. Semua ukuran diambil daripada dalam. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.


Tiang-tiang tegak dan mendatar (crossbar) yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai ketebalan tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol mesti dicat warna putih.

Jaring-jaring diikat kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat (tidak melebihi 6 inci) dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol. Jaring daripada "mesh' 1 inci - 1.5 inci dicadangkan.

Papan tepi dan papan belakang diletakkan di keliling kaki jaring gol dan berukuran setinggi 45 cm dan dicat dengan warna gelap. Papan-papan belakang, berjarak 4 kaki daripada gol dan 4 ela panjangnya.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

crossbar - http://en.wikipedia.org/wiki/Crossbar

PADANG HOKI: Tiang-Tiang Bendera

Empat tiang bendera di setiap sudut padang dan dipanggil bendera sudut. Tingginya 4 kaki minimum dan 5 kaki maksimum, dan diletakkan di luar sudut.



Tiang-tiang bendera juga diletakkan di setiap belah tengah padang pada jarak 1 ela di luar garisan-garisan tepi. Tiang-tiang bendera juga dicadangkan untuk garisan-garisan 25 ela.

PADANG HOKI: Bulatan Jaringan

Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 16 ela daripada pintu gol. Garisan 16 ela itu diukur daripada sudut dalam bahagian depan tiang-tiang gol ke luar kawasan garisan 4 ela.

Gunakan tempat yang sama daripada tiang-tiang gol sebagai pusat dan 16 ela sebagai radius. Lukis dua suku bulatan daripada garisan 4 ela ke garisan gol. Ini menjadi bulatan jaringan juga dipanggil bulatan memukul atau kawasan D.

Tanda-tanda lain di bulatan pukulan termasuk garisan-garisan 5 ela dan 10 ela untuk sudut penalti dan titik untuk strok penalti yang telah dijelaskan dahulu.


Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

PADANG HOKI: Pic Segiempat Bujur

RECTANGULAR PITCH

Padang hoki mempunyai bentuk dan saiz yang tetap dan semua tanda-tanda adalah ditentukan di dalam peraturan-peraturan. Padang hoki berbentuk segi empat bujur dengan 100 ela panjang dan 60 ela lebar. Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol, kerana pintu gol diletakkan di atas garisan-garisan tersebut.


Anda akan dapat perhatikan bahawa padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan setiap bahagian itu dibahagikan kepada dua oleh garisan 25 ela. Jadi, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan.

Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah, terdapat tanda-tanda yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi di kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang.

Juga terdapat satu tanda di atas padang untuk menunjukkan 16 ela daripada garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang permainan pada setiap garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. 16 ela ini diukur dari bahagian dalam garisan belakang.

Di atas garisan belakang terdapat tanda-tanda khas yang digunakan untuk sudut-sudut penalti. Tanda-tanda ini panjangnya 12 inci bermula daripada garisan belakang ke dalam kawasan bermain. Tanda-tanda ini diletakkan 5 ela dan 10 ela di luar tepi tiang gol yang dekat sekali, di kedua-dua belah gol.

Satu titik untuk strok penalti ditandakan di depan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai diameter 6 inci dan 7 ela jauh daripada garisan pintu gol.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki
RECTANGULAR PITCH - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki

Monday, February 16, 2009

SEJARAH HOKI: Persatuan-Persatuan Nasional Dan Antarabangsa






Badan antarabangsa pertama adalah The International Hockey Board yang ditubuhkan pada tahun 1900 oleh England, Ireland Jan Wales. Tidak lama kemudian Scotland, Perancis dan negeri-negeri Eropah juga menganggotai pertubuhan ini. Pada tahun 1924, The International Hockey Federation (RH) ditubuhkan dan menggantikan The Hockey Board. Kini FIH dengan ibu pejabatnya di Brussels merupakan pertubuhan yang bertanggungjawab terhadap permainan hoki.

Permainan hoki mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan sekali lagi pada tahun 1924. India adalah negara bukan Eropah yang menyertai pertubuhan FIH pada tahun 1928. Pada tahun yang sama India menyertai Sukan Olimpik di Amsterdam dan mendapat pingat emas. India telah memenangi pingat emas di setiap Sukan Olimpik. Pasukan-pasukan utama hari ini adalah dari negara Jerman, Australia, Belanda dan Pakistan.

Permainan hoki mula dipertandingkan dalam Sukan Asia di Tokyo pada tahun 1958 dan didominasi oleh Pakistan dan India. Negara-negara lain di Asia yang juga unggul dalam perlawanan hoki ialah Korea, Jepun, China dan Malaysia. Pasukan wanita dan Korea, China dan Jepun adalah dalam kelas Junta dan setaraf dengan pasukan wanita dan Jerman, Australia dan Belanda.

The Malaysian Hockey Federation ditubuhkan pada 1948. Dua perdana menteri Malaysia, iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn pernah menjadi presiden persatuan ini. Hari ini presidennya adalah DYMM Sultan Azlan Shah. Beliau juga presiden Asian Hockey Federation dan timbalan presiden International Hockey Federation.

Malaysia sangat aktif dalam hoki di peringkat tempatan dan antarabangsa. Semua negeri dan Angkatan Tentera bergabung (affiliated) dengan The Malaysian Hockey Federation. Pertandingan-pertandingan hoki juga dikelolakan oleh pertubuhan nasional, pertubuhan-pertubuhan hoki negeri, bank, angkatan tentera dan jabatan-jabatan kerajaan. Malaysia terlibat dalam Sukan Olimpik buat pertama kalinya pada tahun 1956. Sejak itu, Malaysia telah melayakkan diri untuk setiap Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1988 di Seoul. Tidak ada sukan lain di Malaysia yang mempunyai rekod seperti ini.



Rajah di bawah menunjukkan perhubungan dan pergabungan antara badan-badan hoki di semua peringkat:-

Nota:-
  • Pergabungan MHF dengan Majlis Olimpik (OCM) membenarkan MHF menyertai pesta-pesta sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia dan Sukan SEA.
  • Pergabungan MHF dengan Asian Hockey Federation (AHF) pula membolehkan Malaysia menyertai pertandingan-pertandingan di peringkat Asia.
  • Semua sekolah adalah ahli MSSN negeri masing-masing. Keahlian ini membenarkan pasukan sekolah menyertai pertandingan MSSN dan MSSM.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

The International Hockey Federation - http://en.wikipedia.org/wiki/International_Hockey_Federation

The Malaysian Hockey Federation - http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Hockey_Federation

Asian Hockey Federation - http://en.wikipedia.org/wiki/Asian_Hockey_Federation

SEJARAH HOKI: Pengenalan, Asal Usul Hoki, Perkembangan Hoki

Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.


Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki

Monday, February 9, 2009

Pengenalan


Hoki adalah salah satu permainan yang tertua dan popular di Malaysia. Ia dimainkan oleh semua peringkat dan kumpulan umur. Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSS) setiap tahun akan mengelolakan pertandingan hoki untuk murid-murid. Hoki juga popular di sekolah-sekolah menengah, kelab, institut/maktab, universiti dan persatuan-persatuan.

Namun begitu, ia tidak popular seperti bola sepak, badminton atau sepak takraw, khasnya di luar bandar, kerana hoki memerlukan padang bermain yang baik dan alatan bermain yang mahal berbanding dengan bola sepak dan sepak takraw. Guru dan jurulatih yang berpengalaman juga tidak ramai di lihat handal yang cukup bermotivasi untuk mempopularkan permainan ini. Ini adalah merugikan kerana penduduk Malaysia mempunyai bakat untuk bermain hoki. Mereka mempunyai susuk badan yang sesuai. Walau bagaimanapun ramai pengkritik berpendapat bahawa badan besar orang Eropah adalah kelebihan yang nyata, terutamanya dari segi kekuatan. Sebenarnya hoki bukan sesuatu permainan untuk menguji kekuatan mengikut saiz badan. Ini kerana ramai pemain hoki yang terkenal di dunia mempunyai saiz yang lebih kurang sama seperti penduduk Malaysia seperti Richard Charlesworth dan Australia dan Samiuilah dan Pakistan.

Pasukan Hoki Malaysia, terutama pasukan lelaki boleh dikatakan telah berjaya di peringkat antarabangsa. Mereka telah layak menyertai Sukan Olimpik sejak tahun 1956. Hanya sekali sahaja Malaysia tidak layak menyertai Sukan Olimpik, iaitu pada tahun 1988 di Seoul. Walau bagaimanapun, pasukan wanita kurang berjaya, walaupun satu ketika dahulu mereka adalah yang terbaik di Asia.

Sumber: Helen Ten H.B., M.P. Haridas, Panduan Mengajar Hoki